Adakah kamu semua sudah menikmati kenikmatan berada di bawah kepimpinan PKR yang sebenarnya boneka DAP?
Selain daripada pengurangan kos air setiap bulan, apakah lagi kemewahan yang kita semua nikmati dalam tempoh 2 tahun ini? Sebagai anak jati Selangor...saya masih menanti. Mungkin esok, mungkin lusa...jiran saya yang ibu tunggal itu...mendapat sedikit imbuhan daripada kerajaan Negeri. Bukankah itu yang dijanjikan? Jadi selayaknya lah dia meminta bukan? Saya masih ingat bagaimana terujanya dia meminta saya mengisi borang yang diberi wakil PKR kawasan kami. Dan dia masih menanti....dalam keluh kesahnya.

Jikalau nak dikirakan pembangunan, alhamdulillah...Selangor masih pesat membangun. Berjalan-jalan di Seksyen 7 Shah Alam adamasanya buat saya gementar kerana pembangunan terlalu pantas. Tapi...seingat saya, semua pembangunan ini adalah projek kerajaan negeri yang terdahulu. Tapi tak mengapalah, asalkan jangan dicantas sudahlah.
Paling menarik setakat ini di Seksyen 7, I-City. boleh dikatakan, sekarang ni, setiap malam Sabtu atau Ahad, penuhla kereta di sana. Bukan nak tengok apa pun...cuma lampu yang bergemerlapan. Memang cantik suasana malam disimbahi lampu yang berwarna-warni ni dengan tema perayaan seperti Krismas, Deepavali (adalah sikit) dan Tahun Baru Cina. Eh..terasa la jugak, tak mampu kah penganjur nak reka lampu dalam bentuk ketupat ke, panjut-panjut ke, takkanlah payah sangat? Tak apalah...kita tunggu...
Berjalan-jalan di I-City waktu itu, terlihat poster-poster iklan sambutan Chap Goh Mei. Nanti En. Khalid dan Teresa Kok akan berucap itu ini. Ada bunga api, ada sambutan macam-macam. Dalam hati, teruja juga...anak-anak suka bunga api, bolehla juga. Tup tup sekali lagi melihat tarikh tertera...oh! tarikh sama dengan sambutan Maulidur Rasul. Entah kenapa hati jadi pedih.
Waktu itu teringat saudara-saudara Islam di Pulau Pinang yang dilarang oleh puak-puak Teresa untuk berarak meraikan Maulidur Rasul. Tak mengapalah, dah PAS kata tak wujud dalam syariat, mereka kan alim ulama...walaupun baru tahun ini perkara ini disebut, kita ikutlah kata alim ulama.
Tapi entah kenapa hati memang sakit.
Anak-anak Melayu Selangor,
Adakah pernah sekali kalian terasa sakit hati dalam 2 tahun ini? Jika tidak pernah, mungkin anda tidak seemosi saya.
Hari ini...saya melihat HarakahDaily.net dengan lantang memberi restu penganut Kristian menggunakan kalimah suci ALLAH untuk untuk merujuk kepada JESUS. Terduduk saya...andai kata Sheikh Zubir Ahmad masih ada...pasti hancur hatinya.
