
Bertahun-tahun selepas itu. Malaysia tidak lagi gempita dengan kegembiraan mendakap piala yang sama. Perlahan-lahan harapan rakyat Malaysia luntur terhadap pasukan badminton Malaysia.
Namun, tiba-tiba saja tahun ini sorakan kembali kedengaran. Mengiringi perjuangan pemain-pemain Malaysia. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama bertaut tangan, berganding bahu bergabung sorak memberikan semangat kepada pemain-pemain negara.
Bagaikan sehati sejiwa mereka menyanyikan lagu 'Ole-ole'. Paling saya dan suami merasa lucu melihat pasukan Uber Kanada turut sama terikut-ikut dengan rentak lagu tersebut walhal pada masa itu pasukan mereka lah lawan pasukan kita. Lucu tapi sungguh bangga.

Petang ini, Malaysia akan bermain dengan pasukan China yang merupakan pilihan utama. Saya tetap meletakkan harapan yang tinggi, bukan untuk menang...tetapi cukupla sekadar melihat pasukan kita bertarung dengan semangat luarbiasa seperti yang ditunjukkan rakyat Malaysia baik di stadium, di rumah mahupun di kedai-kedai kopi.
Sekali lagi kita akan laungkan...
"Malaysia Boleh !!"