Segalanya sudah berakhir buat skuad Piala Thomas dan juga parti BN di Sibu. Kedua-duanya mengalami nasib yang sama, kekalahan. Tepat jam petang hari Jumaat, ramai yang bergegas pulang dari pejabat. Masing-masing setia menunggu kelibat Datuk Lim Chong Wei beraksi menewaskan Lin Dan. Melihat aksi penonton-penonton di stadium, ramai di rumah merasa lebih teruja.
Sayang seribu kali sayang, sikap rendah diri orang Malaysia yang terlalu menebal di dalam hati Datuk Lim Chong Wei dan rakan-rakan sepasukan menyebabkan mereka kandas di perjalanan. Begitu ketara perbezaan riak muka Datuk dan Lin Dan. Terlihat gelagat seorang penonton yang marah dengan gelagat Lin Dan di stadium. Beliau menjerit "Hoi!" kepada Lin Dan dan menunjukkan tanda 'tidak bagus'. Ketawa juga melihat aksi marahnya, tetapi begitulah penonton. Mereka datang dan pulang dengan emosi.

Sibu pula menyaksikan DAP merampas kerusi BN. Saya yakin ramai yang seperti saya, rasa begitu hampa dengan keadaan itu. Bukan sahaja % yang keluar mengundi hanya 59.8%, yang turun mengundi pula warga emas yang terketar-ketar menyusur jalan. Apa yang tidak kena ya?
Di permulaan kiraan, apabila kawasan undi didominasi masyarakat bukan Cina, undian sangat berpihak kepada BN. Tetapi tatkala hari beransur petang dan kotak undian dari kawasan yang dominannya kaum Cina, peratus undian mula berat kepada DAP.
Benar-benar orang Cina dah tak suka kerajaan agaknya. Atau mereka makin hari makin tidak boleh menerima untuk terus bersatu bersama Melayu secara khususnya? Jika di Bandar Klang, kami tidak hairan lagi kawasan kami di'bela' DAP kerana peratus pengundi di Bandar Klang adalah Cina. Sejak dari dulu, orang Cina Klang memang tak suka kerajaan. Maaf cakaplah...sebabnya, sekiranya mereka suka, mereka tidak akan terus memangkah 'roket'.
Walau bagaimanapun, BN tidak boleh berdiam diri dengan keadaan ini. Sebelum menunding jari pada sesiapa, BN perlu tanya diri sendiri, kenapa dalam 5 penggal BN memerintah Sibu, mengapa masalah banjir masih menjadi isu besar? Malah menjadi modal janji dalam kempen, apakah tidak cukup 5 penggal yang diberikan pengundi?
Selain itu, berwaspadalah kerajaan dengan semangat perkauman yang semakin meningkat di kalangan rakyat. Sekiranya kita semua boleh bersatu menyokong Datuk Lim Chong Wei....mengapa kita tidak boleh bersatu menyokong kerajaan sendiri yang sudah berpuluh tahun mentadbir negara dengan sangat baik. Setidak-tidaknya, belum terjadi lagi perang dalam negara seperti jiran kita...